Posts

meh rapat...kita belajar warna warna logo

Image
Bissmillahirrahmanirrahim... hari ni umoie   umie hehehe typo plak 
nak share berkenaan LOGO 
korang niaga dah ada logo ke???

hai tak kan guna gambar google jer..

nak buat logo kena tahu pemilihan warna yang sesuai tau...

Aikkk nak buat LOGO pun kena pilih warna ke???..
Ye benar sekali warna memainkan peranan yang
penting. Warna merupakan elamen yang
penting kerana warna bakal mempengaruhi
minda separa sedar mereka yang lihatnya.

Warna perniagaan adalah adalah satu topik
yang wajar diberikan perhatian serius oleh
para usahawan. Peranan penting warna
dalam perniagaan tidak dapat dinafikan.

Ini kerana, rata-rata perniagaan yang
terkenal mempunyai identiti warna
tersendiri. Malah, salah satu cara kita
mengingati sesebuah perniagaan melalui
warna mereka.

Satu bukti mudah untuk menunjukkan warna
adalah salah satu faktor menarik minat
pembeli adalah, kita sendiri mempunyai
warna kegemaran tersendiri. Terkadang,
kita juga mudah tertarik dengan satu-satu
warna mengikut situasi dan keadaan yang


sedang ki…

logo ada berapa jenis agaknya?

Image
assalammualaikum..
salam sejahtera semua sahabat umie guelis..
hari ni umie nak share tentang LOGO...korang tau tak logo yang kita nampak pada hari ini ada ketogorinya tersendiri...

dalam pemilihan LOGO sahabat semua perlu ambil tahu jenis logo bagaimana yang sahabat semua perlukan untuk perniagaan kalian..

 ada 7 jenis LOGO yang umie jumpa..dan gambar ini semua pinjaman dari Jimatprinting hehehehe...

1※ WORDMARK DESIGN

Logo yang terdiri daripada nama syarikat yang
di cipta secara stylize.
Contoh syarikat yang berdesign logo seperti ini


2- LETTER MARK DESIGN
ni yang umie perhatikan 2hingga 3 huruf di gabungkan menjadi logo dan setiap huruf mewakili makna tertentu.



3-WEB LOGO DESIGN

Biasanya terdiri daripada nama syarikat, warna yang
asas vibrant seperti merah, kuning, biru dan hijau,
huruf yang bold, berbentuk sedikit 3D,
ada peralihan warna dan bayangan.




4-PICTORIAL MARK DESIGN

Logo ini memakai bentuk nyata atau gambar ikonik
untuk melambangkan syarikat mereka.

Contoh syarikat yang berdesign logo…

penting ke logo ek?

Image
Logo merupakan imej atau simbolik tanda yang mempamerkan syarikat kepada bakal pelanggan.

Setiap design Logo haruslah mempunyai ciri tersendiri dan ia akan mewujudkan tanggapan pertama yang positif agar mudah lekat di ingatan.

Logo bertindak sebagai komunikasi secara profesional. Demikian design logo haruslah berketerampilan tidak terlalu serabut dan jelas.

Warna juga memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan design sesuatu LOGO.
Setiap logo mempunyai maksud tersirat. Lihat sebagai contoh logo Amazon di bawah.
Apa yang terlintas di benak fikiran korang ek.,
smile emoticon
Anda mungkin tertanya-tanya sebab apa terdapat anak panah dalam logo Amazon yang menghala dari abjad 'A' ke 'Z'.
Sebab sebenar bagi kehadiran anak panah tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa semua benda yang dijual dari 'A' ke 'Z' ada di Amazon.



Selain itu, anak panah tersebut juga boleh mewakili satu senyuman.






Begitu juga dengan KFC tentu pernah makan kan..sebut KFC minda dah…

ni koleksi tempahan umie

Image
eh anak korang suka tak transformers? umie ada 2 hero.. keduanya suka transformers...
alhamdulillah rezeki mereka ..umie walaupun tak bekerja..namun umie ada kebolehan mencetak baju.. sambil cetak untuk sendiri pakai.. umie ada juga offer kepada kawan kawan.. mana tahu mereka pun cari baju transformers...
ye lah kan kat kedai biasanya pilihan watak terhad.. cetak sendiri ni..kita bole pilih gambar yang anak anak suka...betul tak.. tambahan anak umie suka tulis nama.. bagi mereka itu penghargaan yang luar biasa...
eh asyik cerita anak umie je kan..hahahaha dah mak gitulah..
cer tengok transformers kat bawaj ni.. ni dari kawan umie.. namnya Linda..Linda ni tinggal di Mempaga.. korang tau ke mempaga kat mana? haaa cer google..
linda tempah ni khas untuk anak bujangnya... tertanya juga bila baju sampai... tak leh nak yakin sangat mereka suka sampailah mereka sendiri khabarkan..
melompat umie hahahaha...selalu dengar anak je cakap suka.. ni anak linda pun suka...
eh anak sahabat umie gue…

ehh bulan tiga ni musim kawin kan...

Image
hai semua... makan kat mana hujung minggu ni..
ada kawah nak di tawan kaa?
hehehe..makan kenduri syiok kan..
tapi dapat layan rewang lagi syiok..
sambil borak kenai kenai..
bole berubah menjadi kawan..

korang tau dak rewang ni apa..

Rewang..ia merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu lagi. Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan masyarakat melayu jawa.






Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-royong dan seumpama dengannya.
Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat melayu jawa terutamanya di johor.
Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa.

hahahah dah jadi bahasa buku pulak...hehehe

Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggot…

kerja umie lah ni

Image
sambil masak..basuh baju..sekali tret tet tret tet...umie buka handset nokia..slidekan password.. eh kena pakai password  hahaha kalu dak habis internet umie di kojekan kat budak ceredik duorang ni... tah kartun menda lah di downloadnya...eh pulak..  dapat mesej..nak cetak baju rewang.. alhamdulillah...aminn anak ku jawab...
sebenarnya sama je termnya sama je bila nak tempah baju.. umie cetak pun guna slikscreen.. rewang ni biasanya mereka tempah awal..
pemilihan baju juga perlu..biasanya rewang atau aktiviti keramaian..sesuai menggunakan cotton 160gsm. mutu kainnya serap peluh dan tak melekit. sejuk dan selesa berasap di kawah hehehe... bole juga kalu nak guna baju tebal 190gsm tu...cuma bila peluh dengan keaktifan kita memayang bawang boleh menyebabkan kulit kita gatal..terutama ada masalah kulit.
ramai juga yang tanya kadar harga yang umie ambil.. umie tak ambil untung banyak pun.. sebab niat awal umie niaga hanya memenuhi kekosongan waktu..semasa menjadi surirumah.. dapatlah tamb…

BAJU PRINTING SERENDAH RM 12 (2014)

Image
Selamat malam semua...
urggaahhhh mengantukmya...
anak umie da lena di ulit buih buih mimpi..
en suami sedang siapakn beberapa lagi design cetakan team bowling..

awak semua apa buek tu...
sementara anak tidur ni..umie nak share sikit 
setakat ni nilai RM12 ni pada tahun baru 2014 ni masih di ketogorikan MURAH dan MAMPU DIMILIKI oleh semua peringkat..

student nak buat baju team pun masih murah..
tak dapatlah nak jual RM5 der...hahaha
tak pulang modal kami nanti..

umie share sikit term untuk dapatkan harga yang best ni..

cer tengok ni
PRINTING BAJU SERENDAH RM12/pcs
- Minimum order 30 pcs 
- Round neck shirt  - Material : Cotton - Weight : 180 gsm - Print type : Rubber dye silkscreen- 1 colour & 1 side printing ******************************************************************************


haaa ni kira baju paling awal kami cetak pada tahun 2011. nak tau cetakan ni limited tau..masa ni kami buat hanya 10 helai je...



kejohanan ping pong JPPPK under DBKL..gambar tak keliar..handphonbe murah..
baju n…

WARNA WARNI KEHIDUPAN part 1

hidup akan ceria jika jiwa tenang..betul tak? mestilah..dari jiwa lah kita 

beremosi..jika emosi kita clear..bersih dari segala kekotoran dunia...pasti hati akan 
senang bila senang kita dengan sendiri akan meluahkan melalui perbuatan dan 
sekeliling akan rasa 


bagaimana naK dapat jiwa yang tenang????
antara yang boleh di kongsi dan boleh kita istiqamah..maklumlah nak ubah 100% memang agak sukar tapi boleh mula dengan sikit..sikit..
biasa kita diingatkan kita perlu
perbanyakkan zikir iaitu (Mengingati Allah)
mulakan dengan mudah..sebelum makan dan selepas tentu biasanya kita berdoa kan.
boleh juga semasa kita berkerja dihati dari kita bergosip2..baik kita zikir (ya allah)..

- Sentiasa Muhasabah diri sebelum tidurrutin harian dan berjumpa pelbagai ragam manusia..mestinya kita berdeoan dengan rasa sedih geram gembira dan macam2 lagi..pasti ada yang kurang memuaskan hati..
- Bersikap pemaaf 
maafkanlah mereka2 ni...memberi maaf itu lebih mulia...
- Melakukan amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan…

SELAMAT TAHUN BARU wish your luck=)

Image
assalammualaikum.. dan selamat sejahtera..



alhamdulillah dah 12 hari berlalu...masih lagi tahun baru terasa..terlambat nak ucap selamat buat semua pengunjung setia..
bukan tak ingat cuma tak sempat..



BumiPrintingMaju doakan semua dalam tahun baru ini mendapat kebaikan dan kegembiraan demi mengharungi hari 2 mendatang.. wahhh..bersastera ye..
ahad petang ..bumi biasanya keluar ambil angin dengan keluarga cuma hari ni ada kecemasan di rumah.. keluar lewat sikit..
alhamdulillah segala promosi akhir tahun disudahi dengan sambutan yang memberangsangkan..



PROMOSI TAMAT 
http://bumiprintingmaju.blogspot.com/2013/12/printing-studio-tawaran-akhir-sehingga.html
terima kasih buat pelangan setia kami..
utk tahun baru kami masih belum lancarkan sebarang promosi..
tawaran kami utk anda sentiasa yang terbaik.




smile =) =) =)



selmat berhujung minggu...~~~~~~

SEJARAH --- BERLARI MENGEJAR......... DEMI KEMENANGAN---

Image
, sukan futsal mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1989 di dalam Piala Dunia Futsal FIFA di Rosterdam, Belanda yang telah dimenangi oleh Brazil. Selepas kejohanan ini, sukan futsal mula mendapat perhatian yang meluas dari perbagai pihak di seluruh dunia.
Namun begitu, sukan ini hanya mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 1990 an. Hal ini kerana, masih kurang orang yang berminat dengan sukan ini kerana pengaruh sukan bola sepak dan badminton lebih kuat di Malaysia pada ketika itu. Selain itu, sukan futsal kurang mendapat pendedahan yang meluas daripada pihak media di Malaysia.
            Pun begitu, pada tahun 2000, sukan futsal mula menjadi sukan yang terkenal di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hampir setiap golongan umur meminati sukan bola sepak, tetapi sukan ini memerlukan stamina yang tinggi, padang yang luas dan pemain yang ramai. Oleh itu, ramai yang mula berminat dengan sukan futsal kerana ia lebih mudah dimainkan, tidak memerlukan pemain yang ra…