meh rapat...kita belajar warna warna logo

Bissmillahirrahmanirrahim... hari ni umoie   umie hehehe typo plak 
nak share berkenaan LOGO 
korang niaga dah ada logo ke???

hai tak kan guna gambar google jer..

nak buat logo kena tahu pemilihan warna yang sesuai tau...

Aikkk nak buat LOGO pun kena pilih warna ke???..
Ye benar sekali warna memainkan peranan yang
penting. Warna merupakan elamen yang
penting kerana warna bakal mempengaruhi
minda separa sedar mereka yang lihatnya.

Warna perniagaan adalah adalah satu topik
yang wajar diberikan perhatian serius oleh
para usahawan. Peranan penting warna
dalam perniagaan tidak dapat dinafikan.


Ini kerana, rata-rata perniagaan yang
terkenal mempunyai identiti warna
tersendiri. Malah, salah satu cara kita
mengingati sesebuah perniagaan melalui
warna mereka.

Satu bukti mudah untuk menunjukkan warna
adalah salah satu faktor menarik minat
pembeli adalah, kita sendiri mempunyai
warna kegemaran tersendiri. Terkadang,
kita juga mudah tertarik dengan satu-satu

warna mengikut situasi dan keadaan yang


sedang kita lalui.
------------------------------------------------------
Baik mari kita perhatikan sekali lagi

LOGO KFC terkini..( TODAY)


Warna yang terdapat dalam LOGO KFC adalah
warna Merah dan Hitam
psikologi warna MERAH adalah merujuk kepada
Bersemangat, berkuasa, agresif, ekstrem dan
ghairah.


Warna ini adalah warna yang menarik
perhatian dan mampu meningkatkan kadar
denyutan jantung (tekanan darah).
Warna merah boleh menambahkan
keseronokan kepada jenama bisnes.


manakala warna HITAM merujuk kepada :

Kuasa dan elegan Sesuai untuk
produk premium, mewah dan ‘misteri’.
jelaskan..
baik kita perhatikan satu lagi LOGO


apakah warna yang terdapat dalam LOGO

Celcom ini secara jelasnya..

Tentunya tanpa ragu warna yang pertama
melekap di mata kita adalah BIRU..
barulah PUTIH dan sedikit MERAH
Psikologi warna BIRU adalah seperti berikut

Tenang, autoriti, kesetiaan, keyakinan, '
kejayaan dan boleh dipercayai.
Warna ini adalah neutral untuk
kebanyakan situasi.

Psikologi warna PUTIH adalah seperti berikut
Tulen, suci, neutral, bersih dan muda.
Sesuai untuk produk kecantikan dan spiritual.

psikologi warna MERAH adalah merujuk kepada
Bersemangat, berkuasa, agresif, ekstrem dan
ghairah.
Warna ini adalah warna yang menarik

perhatian dan mampu meningkatkan kadar
denyutan jantung (tekanan darah).


Warna merah boleh menambahkan
keseronokan kepada jenama bisnes.

warna boleh juga kita kaitkan dengan janji
kita kepada bakal pengguna

sekian untuk petang ini..
post seterusnya saya kongsikan
psikologi warna PERNIAGAAN LOGO


so apa warna logo sahabat umie...

acer share skit...
sambil tu bole share korang bisnes apa...


kalu nota ni membantu..jangan lupa belajar ramai ramai...

sharekan link blog umie guelis ni tau...

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK GELI-GELI UMIE

tempah baju murah cari lah kami...

SESUAI KER WARNA BAJU NI DENGAN AKU YER????