ehh bulan tiga ni musim kawin kan...


hai semua... makan kat mana hujung minggu ni..
ada kawah nak di tawan kaa?
hehehe..makan kenduri syiok kan..
tapi dapat layan rewang lagi syiok..
sambil borak kenai kenai..
bole berubah menjadi kawan..

korang tau dak rewang ni apa..

Rewang..ia merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu lagi. Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan masyarakat melayu jawa.






Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-royong dan seumpama dengannya.
Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat melayu jawa terutamanya di johor.
Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa.

hahahah dah jadi bahasa buku pulak...hehehe

Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Maka umie melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri. Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot. Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah saya melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti buat saya. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

JENIS- JENIS MATERIAL UNTUK T-SHIRT

BAJU PRINTING SERENDAH RM 12 (2014)