PART 2 FREE PALESTIEN CONTEST = >
HAK MUTLAK SELURUH UMAT ISLAM Ia menunjukkan bahawa Baitulmaqdis (Al-Quds) dan Masjidil Aqsa bukanlah hak milik mutlak rakyat Palestin sahaja tetapi adalah milik seluruh umat Islam dan menjadi hak mereka seluruhnya untuk memperjuang dan mempertahankannya. Atas komitmen ini jugalah yang membawa Sheikh Raed Solah ke Malaysia untuk berucap pada seminar "Selamatkan Masjid Al-Aqsa daripada Ancaman Zionis" (SESMAZ) di Putrajaya, baru-baru ini. Isu Palestin adalah satu isu yang sangat panjang sejarahnya, merentasi beberapa tamadun manusia dan menyelusuri beberapa era. Ia bukan hanya berlaku dalam dekad yang terakhir ini, tetapi isu Palestin telahpun mula "dimainkan" sejak ribuan tahun yang lepas. Isu bermula apabila berlaku pertembungan kuasa di bumi Palestin daripada satu kuasa besar ke satu kuasa besar yang lain. Antaranya ialah kerajaan Parsi, Rom, Tentera Islam, Tentera Salib (The Crusaders), Tentera Tatar (Mongol) dan penjajahan Britain. Menurut Perunding Aman Palesti