Posts

Showing posts from March, 2014

ehh bulan tiga ni musim kawin kan...

Image
hai semua... makan kat mana hujung minggu ni.. ada kawah nak di tawan kaa? hehehe..makan kenduri syiok kan.. tapi dapat layan rewang lagi syiok.. sambil borak kenai kenai.. bole berubah menjadi kawan.. korang tau dak rewang ni apa.. Rewang..ia merupakan perkataan yang sinonim dalam masyarakat melayu jawa sejak dahulu lagi. Amalan rewang merupakan amalan yang telah diwarisi turun temurun dalam kalangan masyarakat melayu jawa. Amalan rewang adalah bersamaan dengan maksud amalan gotong-royong dan seumpama dengannya. Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan dan seumpamanya amalan rewang dapat dilihat dalam sesebuah kampung mahupun penempatan yang didiami masyarakat melayu jawa terutamanya di johor. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. hahahah dah jadi bahasa buku pulak...hehehe Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ad

kerja umie lah ni

Image
sambil masak..basuh baju..sekali tret tet tret tet...umie buka handset nokia..slidekan password.. eh kena pakai password  hahaha kalu dak habis internet umie di kojekan kat budak ceredik duorang ni... tah kartun menda lah di downloadnya...eh pulak..  dapat mesej..nak cetak baju rewang.. alhamdulillah...aminn anak ku jawab... sebenarnya sama je termnya sama je bila nak tempah baju.. umie cetak pun guna slikscreen.. rewang ni biasanya mereka tempah awal.. pemilihan baju juga perlu..biasanya rewang atau aktiviti keramaian..sesuai menggunakan cotton 160gsm. mutu kainnya serap peluh dan tak melekit. sejuk dan selesa berasap di kawah hehehe... bole juga kalu nak guna baju tebal 190gsm tu...cuma bila peluh dengan keaktifan kita memayang bawang boleh menyebabkan kulit kita gatal..terutama ada masalah kulit. ramai juga yang tanya kadar harga yang umie ambil.. umie tak ambil untung banyak pun.. sebab niat awal umie niaga hanya memenuhi kekosongan waktu..semasa me