SEJARAH --- BERLARI MENGEJAR......... DEMI KEMENANGAN---

, sukan futsal mula dipertandingkan di peringkat antarabangsa pada tahun 1989 di dalam Piala Dunia Futsal FIFA di Rosterdam, Belanda yang telah dimenangi oleh Brazil. Selepas kejohanan ini, sukan futsal mula mendapat perhatian yang meluas dari perbagai pihak di seluruh dunia.

            Namun begitu, sukan ini hanya mula bertapak di Malaysia sekitar akhir tahun 1990 an. Hal ini kerana, masih kurang orang yang berminat dengan sukan ini kerana pengaruh sukan bola sepak dan badminton lebih kuat di Malaysia pada ketika itu. Selain itu, sukan futsal kurang mendapat pendedahan yang meluas daripada pihak media di Malaysia.

            Pun begitu, pada tahun 2000, sukan futsal mula menjadi sukan yang terkenal di Malaysia. Hal ini demikian kerana, hampir setiap golongan umur meminati sukan bola sepak, tetapi sukan ini memerlukan stamina yang tinggi, padang yang luas dan pemain yang ramai. Oleh itu, ramai yang mula berminat dengan sukan futsal kerana ia lebih mudah dimainkan, tidak memerlukan pemain yang ramai dan padang yang luas. Ia juga mendapat sambutan bukan hanya daripada golongan lelaki, malah turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan wanita. Selain itu, sambutan daripada golongan kanak-kanak dan golongan tua juga sangat menggalakkan berbanding dengan suka bola sepak.



            Sukan futsal menjadi lebih terkenal apabila krew produksi program TV inovatif 3R telah bekerjasama dengan Red Films telah menerbitkan sebuah filem yang berkisarkan sukan futsal iaitu filem “Gol & Gincu”. Filem ini telah berjaya membuka mata rakyat Malaysia tentang sukan futsal. Melihatkan kejayaan file mini, drama rentetan filem ini iaitu Gol & Gincu The Series telah ditayangkan di TV8 pada tahun 2006.





---------------------------------------------------------------------------


ni PULA ANTARA TEMPAHAN JERSEY 
YANG KAMI TELAH TERIMA

---------------------------------------------------








YANG LAIN UMIE UPDATE KEMUDIAN.. UMIE NAK DODOIKAN HERO SEBENTAR



Comments

Popular posts from this blog

tempah baju murah cari lah kami...

SESUAI KER WARNA BAJU NI DENGAN AKU YER????

PROJEK GELI-GELI UMIE