Hari ini kita kongsi sedikit info mengenai PDRM. ada di kalangan kita yang telah mengetahui info tentang PDRM.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang
pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,Kuala Lumpur.
Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain,
pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas
am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang
kuasanya.
Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang
oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar dan
Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh
kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan,
Sukarelawan Polis, Polis
Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara
persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan
Tentera Malaysia.
Rakan Cop merupakan
program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut
mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran
terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja
Thailand (Royal Thai Police
Department, สำนักงานตำรวจแห่งชาติ), Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura (新加坡警察部队, Singapore Police Force).
Comments
Post a Comment