salam

Kemeriahan semakin terasa di setiap detik dan tempat. Tidak kira muda atau yang tua akan membeli barang keperluan menyambut hari lebaran. Bazar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur memang lokasi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Aku tengok pelancong asing pun tak menang tangan beli barang contohnya baju melayu dan baju kurung. Wah meriah sungguh, hebak mung. Lagi pun harga yang ditawarkan boleh tahan la yang penting takder la mahal sangat. Kebiasaanya harga lelong pada malam raya akan lebih jauh dari murah. Bak kata peniaga utk " nih harga nak balik modal jer". 


ramainya kan...


ni warga perancis 



(gambar sekitar Bazar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman)

Sementara Isteri aku masuk ke kedai pakaian, ada la ruang menunggu di hadapan kedai. Aku nih suka memerhatikan baju-t yang pengguna pakai. Ulang sekali lagi === "baju-t yang  pengguna pakai"...hehehe bukan per, saje aku ulang ayat nih, takut nnt ada plak yg terpeghasan tan plak. Semakin hari, percetakkan pada baju-t semakin unik, kreatif dan inovatif. Pelbagai corak dan ada juga perkataan yang menarik perhatian. contohnya " aku sayang emak aku" , " aku masih bujang dan mencari bakal isteri yang pandai memasak, kemas rumah dan bla....bla...bla..." dan banyak lagi.

ni antara yang aku nampak n yang aku cuba>>>

ni bro jual baju kurung..sempat gak aku tgk baju dia ni..


masa bini aku memilih baju untuk anaknya....aku pun pilih gak pilih idea..


akak ni nak pose baju baru dia..tapi yg aku nak tgk baju hitam tu..


cantik x..kreatif kan..aku cuba je ni



Tulisan berkonsepkan ayat-ayat jenaka ini memang menghiburkan. Sekurang-kurangnya dapatlah menghilangkan penat berjalan dan menjinjing barang nih. Ada juga yang minat dengan baju-t bercorakkan muka artis lagenda dan tokoh pemimpin seperti James Dean, Jimi Hendrix, Kumpulan K-pop??? erk.... contoh tokoh pemimpin yang paling diminati ialah Che Guivera. Sepanjang aku buat kajian pasal baju-t nih, muka pemimpin nih memang paling kerap aku jumpa. Ada sekali berkesempatan menemuramah pemakai baju CHE..." dik, kenal ker dengan lagenda CHe ni? " apa lak tak kenal bro, top-world nih" aku pon soal la asal mana CHE nih....emph jawapan yang dah memang aku andaikan..." kat rusia la bro,,,nih tgk nih topi yang CHE pakai nih, kan ada gambar bintang merah".... sabar jerlah, aku pun buat la muka ada seinyummm. hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

tempah baju murah cari lah kami...

SESUAI KER WARNA BAJU NI DENGAN AKU YER????

PROJEK GELI-GELI UMIE